Monday, November 3, 2008

Di ikut?...

Peristiwa ni jadi dalam 4-5 tahun lepas gak, masa tu aku buat keje hantar mayat..so nak dijadikan cerita..aku dapat satu kes cina..mati sakit tua..kat HUKM..memandangkan kat HUKM tak dibenarkan proses mayat, jadi aku bawak body ni gi PPUM untuk diproseskan..aku embalm mana yang patut.. mandi..makeupkan dia ..pastu aku mintak casket 8-11 uruskan bab sembah2 tokong.. sambil tu aku dok borak ngan waris si mati ni..Lepas dah selesai semuanyer, aku pun masukkan si mati ni dalam van, pastu aku tanya kat waris "ada sapa sapa mau ikut saya naik ini van ka aunty?" pasal sesetengah fahaman cina..kene bakar colok sepanjang perjalanan si mati..dia jawap "takda, u bawak..we all ikut belakang, jumpa at tol juru" katanya selamba.. "ok la tu..boleh aku bawak laju" jawap dalam hati aku ni..sebelum gerak tu aku sempat nampak waris si mati letakkan radio kecik kat telinga si mati.. radio mati orang cina.. ada la bacaan amitabo bla bla tu.. aku tanya kat waris si mati "apa itu aunty?" jawap dia "oO ini untuk semayang..kasi papa masuk syurga" senyum dia .. aku pun balas senyum..tapi dalam hati aku cakap "ko siap ko..ko mesti kene ngan aku pasni" hehehe..

Aku bawak ikut peraturan..sampai la tol Damansara, lepas jer tol tu..aku berenti jap..buat2 macam nak betulkan ikatan si mati ni..aku buang radio kecik tu..aku turunkan selimut kuning tu..bagi nampakkan muka dia yang mengecut tu..aku sambung balik drive.. aku bukak radio..pasang CD Quran.. pastu sambil aku bawak van tu...aku cakap ngan si mati "apek..masak la ko nanti jumpa mungkar nankir..lu mesti kene punya..mesti lu kena kaw kaw punya" walau pun perbualan tu sehala .. aku dapat peratikan muka si mati mengerut sikit..berpeluh-peluh macam menahan sakit.. aku pulak senyum "dah cuak la lu apek..aku dah kater" sepanjang perjalanan aku ke Penang tu takda masalah, berborak dengan apek tu..lepas tol Juru..aku jumpa balik waris si mati then kitorang sama-sama konvoi ke Penang Chinese Crematorium.. aku park van macam biasa.. pastu pekerja PCC tolong aku keluarkan si mati.. waris datang nak jenguk papa dia..tiba2 dia terkejut "mana itu radio? why papa's face like this?"Aku jawap "taktau woOo..i rasa uncle "si mati" buang la tadi aunty" si waris terkedu..lepas aku dah selesaikan semuanyer.. aku pun bersiap untuk balik ke KL balik..jam menunjukkan pukul 1 pagi..lepas dapat bayaran semua.. aku pun shoot balik ke KL.. kat sini laa bermula kisah cerita..

Sesampainyer aku kat r & r sg. perak, aku park kat tepi petronas tu..jauh sikit dari kenderaan biasa pasal aku tanak orang lain terbau apa apa yang kurang menyenangkan.. aku gi makan, lepas aku balik makan tu..aku masuk dalam van, aku rasa semacam..macam ada yang tak kene..aku tengok kiri kanan.. takda apa..aku tengok cermin sisi..takda apa gak..aku tengok kat cermin tengah tu..alamak! si mati tadi ada dalam van aku balik..terkejut aku.. apsal plak cina tua ni dok ikut aku.. camna aku nak balik ni..puas akal aku berfikir..mundar mandir aku dibuatnya.. penyudahnya, aku ambil wudhu', aku masuk balik dalam van.. bukak tingkap seluas-luasnya..start enjin pastu aku cakap as if like he's really there "uncle mau ikut..boleh tapi kasi mati enjin bila uncle mau turun ok?" aku tengok dia tak berganjak kat belakang tu.. memandang tepat kat aku..elok2 aku plan nak bawak 140-160 sepanjang highway tu.. terus tak boleh..van terasa berat sangat..100km/j jer..mulut aku dok baca surah yasin yang sememangnya aku hafal ketika tu..

Alhamdulillah.. sampai jugak aku ke kl..aku pandang lagi ke belakang..ada lagi cina tua ni, aku menyusur ke sg. besi..untuk antar van ni.. sampai kat satu tempat tu..van tiba2 termati enjin..aku mengeluh, "dia nak turun ni.." kata aku.. aku pun keluar dari van..bukak semua pintu yang ada kat van, aku bersuara "ok uncle ..kita sudah sampai.. elok2 jalan aa..tamau ikut2 saya lagi aa" aku dapat rasakan macam van tu berhenjut..aku dapat rasakan angin lalu depan muka aku ni.. aku tutup balik pintu ..sebelum aku masuk ke van.. aku perati keadaan sekeliling.. jirat cina rupanyer.. aku hentak kaki aku ke tanah 3 kali.. ludah ke kiri 3 kali.. aku pun masuk dalam van.. baru aku boleh pecut balik.. 2-3 hari selepas tu..aku nampak kelibat si mati kekadang muncul..ada dalam mimpi, ada masa aku tengah berborak dengan kawan2..tapi Alhamdulillah dia tak ikut aku dah.. sekian..

p/s: mungkin silap aku kerana mengajuk astaghfirullahal azim...

1 comments:

reenz said...

erkkk.. gile ko.. bahye tuL! sabo je la

 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger