Wednesday, November 5, 2008

ada bela?

asam terkenang..

Peristiwa ni berlaku dalam beberapa tahun lepas, di sekitar kawasan kuala lumpur..aku telah dipanggil untuk menguruskan jenazah sipolan yang agak muda juga usianya..setelah selesai urusan hospital, aku hantar jenazah balik ke rumah keluarganya ditemani oleh waris terdekatnya..sesudah sampai..aku dapat melihat keakraban semangat kejiranan yang datang untuk menolong menguruskan jenazah..Alhamdulillah

Aku bersandar di van sambil memerhati mereka menguruskan jenazah..tersenyum kagum melihat mereka.."bagus dorang ni" kata hati aku..setelah selesai urusan mandi kapan, aku terdengar suara dari dalam rumah bersuara "kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa, sila tuntut pada saya...." aku terkejut dengan tiba2 kedengaran suara perempuan menjerit2..disusuli dengan hiruk pikuk gelagat orang berlari keluar dari rumah tersebut..yang membuatkan aku lagi terkejut, aku ternampak dua lembaga berjubah putih melompat keluar dari tingkap ke bawah..lari dengan sepenuh hati...

Aku pantas naik ke atas rumah tersebut dan bertanya "apa dah jadi ni bang?" aku dapati ramai perempuan baring di lantai.. pengsan! cuma ada beberapa lelaki yang masih gagah berdiri memerhatikan simati.."Ya Allah! dia bangun!!" berkata dalam hati..patut la lintang pukang tadi..aku terdiam memikirkan apa yang harus aku buat..dengan tak semena2 kedengaran seseorang bersuara "dia ni ada bela nih..aku pernah nampak dulu..bukak atap tu" bentak seorang pakcik dalam rumah tu..aku terkejut sekali lagi "ada bela?" kata hatiku..bagi aku kalau dia betul ada membela..dah tentu mayat tu bergerak atau bersuara..tapi ni tidak! hanya duduk keras begitu..waris yang ada di dalam rumah tu serba salah samada untuk mengikut saja kata pakcik tu atau...

Aku tekadkan pendirian, bahawa ini mesti urat simati ni..aku hampiri waris dan bertanya "sepanjang simati ni hidup dulu, ada dia belajar apa2 yang tak patut?" jawap waris "setahu saya takda..tapi tak tahu lah"..aku terdiam lagi..berfikir..sambil memerhatikan pakcik yang melalak tadi menyuruh budak2 muda panjat ke rumah untuk membuka atap..datang beberapa pakcik untuk membaringkan semula simati..aku turut menolong tapi tak boleh! keras !! puas aku berfikir..macamana ni..sambil tu aku perati muka simati.."mata tutup..tak bersuara..nadi takda..memang confirm dah mati ni" pening.. pening..aku telefon seseorang dan bertanya macamana nak selesaikan masalah ni..selang 10 minit, aku dapat cara yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ni semua..

Aku hampiri waris dan meminta semua yang ada agar keluar dari rumah kecuali beberapa pakcik yang cuba baringkan simati tadi.. aku minta kain bagi menghalang penglihatan orang luar dan aku mulakan tugasan aku.. "Bismillah...aku buka kembali ikatan kain kapan, dan mula memotong beberapa bahagian anggota badan simati untuk mencari urat pulmonari..aku minta waris menolong aku untuk lap darah yang keluar dari bekas potongan tu.."tak salah ker ni dik?" tanya waris..jawapku "kalau betul tekaan saya..insyaAllah simati ni baring balik"..aku sedut darah yang ada dan aku masukkan formalin ke dalam urat simati..agak banyak juga formalin yang aku letakkan..mungkin aku gelabah juga masa tu..setelah selesai..aku jahit kembali potongan..Alhamdulillah ..selesai! aku dapati simati boleh dibaringkan tapi kapannya berdarah di tempat yang aku potong tadi.."kita mandikan lagi sekali..ada kain kapan lagi?" tanyaku pada waris.."ada" jawapnya gembira..

Kami memandikan simati..mengapankan..solat jenazah untuk simati..kemudian usung simati ke dalam van untuk di hantar ke kawasan perkuburan..tegur seorang pakcik "mana tukang baca talkin tadi?" semua pandang antara sendiri.."dah lari dah pakcik tadi" jawap seorang budak kecil..ada yang tersenyum..ada yang ketawa kecil.."takper..adik tolong panggilkan ustaz tu balik..suruh dia jumpa di kubur yer?" pinta si waris.. kami pun menyusur ke tanah perkuburan..kebumikan beliau..terus bertahlil serta talkin..semoga roh simati dicucuri rahmatNya..amin

p/s: setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..wallahu'alam

Tuesday, November 4, 2008

Roadtrip?

Assalamualaikum buat kali keempat asam bercerita..maaf citer ni agak panjang..

Peristiwa ni rasa aku dah 4-5 tahun lepas laa.. masa tu aku buat keje penghantaran mayat..aku ada dapat satu kes ni ..body islam siam.. keje kontrak.. punca kematian: fractured face, dalam ertikata lain ..jatuh dari tingkat 18..muka dia hancur 80%..so seperti biasa lepas post-mortem, aku embalm, mandi kapankan, sembahyang pastu nak hantar la kawan ni balik sampai border Malaysia-Siam..kat sana nanti waris dia datang amik naik pick-up truck..So aku pun bertolak la sorang2 ngan "Siam" ni dari PPUM kalau tak silap aku..waktu tu dah kul 10 malam kalau tak silap aku..

Macam biasa, aku drive sensorang kat highway PLUS tu layan blues ..sedekah apa2 yang patut pada jenazah, borak2 analog ngan jenazah..pastu nyanyi sorang2 sambil aku nyusur highway yang gelap tu.. memang dah jadi tradisi aku kalau buat roadtrip, aku mesti sakat budak yang jaga pump minyak kat luar tu..aku singgah kat R&R gunung semanggul untuk isi minyak..sebelum aku berenti tu, aku dah tarik selimut ijau yang cover muka jenazah tu .. pastu aku bukak sikit tingkap sisi belah kanan belakang driver..aku pun berenti laa isi minyak.. matikan enjin.. bukak pintu..pastu aku cakap kat budak yang jaga luar pump tu "dol..minyak RM50..aku nak pi kencing sat" aku bagi kunci van kat dia.. dia pun sambut kunci tanpa segan silu.. aku pun jalan la kononnya nak gi toilet.. separuh jalan .. aku jerit kat dia "dol..hang tanya kawan aku kat belakang tu nak minum air apa?" budak tu pun bukak luas tingkap yang aku saja bukakkan sikit tu..jenguk ke dalam.. tiba2 dia jerit "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mayat !!!!!"aku yang nyorok tepi dinding tu..terkekek-kekek gelak kat budak tu..lama la jugak aku gelakkan dia sampai senak2 perut aku ni..budak tu terus senyap tak berkata apa.. aku tengok muka dia dah pucat dah..tahan marah+terkejut+takut lepas apa yang dia dah tengok..aku pun beli air, makanan, rokok..pastu aku pegi la kat van tu balik.. aku bayar duit minyak dengan tip RM10 kat dia..budak tu amik, aku start van parking tepi petrol stesen tu nak makan roti jap.. pastu aku perati dia tarik kerusi letak betul bawah lampu spotlight terang..hehehe

Aku teruskan perjalanan aku..sepanjang malam sampai la aku dah nak hampir kat sempadan.. kalau korang biasa gi sempadan..kat bukit kayu hitam tu ada satu road block UPP (unit pencegah penyeludupan)..dia tahan aku .. aku pun benti ler..dia tanya "hang nak masuk siam awai2 ni pasai apa? seludup ka? hang tau laa ni baru kul 4 pagi?" aku senyum.. aku cakap kat dia "saya antaq mayat ni bang" dia tak caya yang aku sorang2 antar mayat..dia kata "hang benti sat..aku nak tengok mayat yang hang dok bawak tu" aku matikan enjin..pastu aku tengok sarjan UPP tu pergi kat belakang van..aku pun dengan pantas tarik selimut tu lagi sekali menampakkan muka jenazah yang hancur tu.. aku panjat dan bukak pintu van dari dalam.. dia pun suluh dalam van tu dengan gunakan light dari depan carbine (senjata) dia.. tersuluh plak direct kat muka jenazah tu.. terkejut dia "ya Allah! hang blah! blah!".. aku ajuk dia "tanak interview dia ker bang?" dengan pantas dia off safety carbine dia.. dia cakap kat aku "aku cakap hang blah! sebelum aku tembak hang!"

Aku pun senyum .. aku pun blah menuju ke sempadan..lepas dah setel semua dalam kul 6 pagi aku pun patah balik ke kl..lalu la kat tempat UPP tu tadi..mangkuk tu tahan lagi..dia cakap "hang berenti sat..aku nak sembang ngan hang nih" sambil menuding carbine dia kat aku..aku pun berenti ler.. dia terus tanya "aku tak pernah jumpa ada anak muda berani antaq mayat sorang2 dari kl..hang ni mesti ada baca nih" tuduh dia..aku pun ngaku laa "memang ada baca..awatnya?" dia tanya lagi "ajaq abg hang dok baca apa?" aku balas "boleh..pi beli kopi tok ayah satu..suria sekotak..pengeras dia bang" tanpa buang masa..dia calling macai dia .. pi beli apa yang aku nak..lepas beberapa minit..aku dapat apa yang aku mintak..aku cakap kat dia "ada pen ngan kertas? tulis ni naa" dia pun dengan muka semangat tulis la apa yang aku cakap sampai abis..aku mintak dia baca, aku tengok muka dia pelik..."aku rasa cam pernah dengaq ja ayat ni" aku dah sengih2 dah..aku pun cakap "awat la mangkak sangat bang nih..tu doa naik kete la bang oi!" aku gelakkan dia... dia dengan tenang angkat carbine dia..tala kat muka aku..dan cakap "nak aram..hang ni kojaq sunggoh..hang pi berambuih balik kl!"aku tersengih2 berjalan ke van aku.. dan blah dari situ.. puas hati aku, dok nyusahkan aku awal awal pagi tadi kenapa.. kan dah mendapat..

p/s: tok guru aku pesan dalam nak berdakwah, kita kene pandai sesuaikan dengan suasana..ada yang seram..tapi tu di episod yang akan datang ek... sekian

Mandi jenazah pun tak biasa?

asam melepaskan geram..

Ada satu hari yang suram tu .. aku ada dapat satu kes mayat ni .. jenazah merupakan salah sorang BIG SHOT la jugak satu ketika dulu..seorang "Tan Sri".. lepas aku dah awet mana2 yang patut .. aku pun bawak la jenazah tu gi bilik mandi .. untuk di mandi kapankan dengan sorang ni yang aku panggil "Wak"..Masa aku nak mandikan tu .. ada la datang sedara-mara arwah yang bukan main gempak lagi kete dorang .. Alphard..Stream..Acura RS..Mercedes .. helikopter jer takda .. anyway dorang semua duduk kat luar..sembang2 antara dorang .. aku pun macam biasa memang suka buat keje amal ni .. so aku niat nak tolong la Wak ni mandikan jenazah .. tup tup .. Wak tanya aku "panggil la anak-anak waris mandikan sama"..aku pun jawap "ok" then aku pun keluar la panggil anak2 jenazah.. aku bersuara "assalamualaikum..saya minta jasa baik waris atau sesiapa, kita mandikan untuk kali terakhir jenazah ni.." korang tau apa jawapan anak kandung dia ni ?? dia jawap " eh takper la ustaz .. kitorang tak biasa laa" grrr... menyirap aku dengar jawapan tu .. aku masih sempat senyum .. masuk balik dalam bilik mandi ..

Naluri aku memang sangat2 tak puas hati dengan jawapan anak jenazah tu .. tak sampai 5 minit .. aku keluar balik dari bilik tu dan bersuara "mintak semua waris yang ada .. kumpul semua, saya ada bende nak cakap" dorang pun macam ayam pulang reban .. semua kumpul ..khuysuk nak dengar apa yang aku nak cakap.. ada yang aku sempat dengar perbualan dorang .. sempat citer pasal golf lagi tu .. mangkuk hayun tol..aku pun bersuara "Jenazah di dalam ni ayah pada Dato'..Datin' sekelian ..sekarang ni Dato', Datin cakap tak biasa nak mandikan ayah sendiri.. takper .. tapi jangan salahkan kalau 10-15 tahun lagi.. kalau Dato' Datin' plak yang meninggal .. anak2 yang kecik2 ni (sambil tunjuk kat anak2 dorang) .. jawap "kitorang tak biasa laa ustaz..pasal masa arwah atuk meninggal dulu.. dorang pun tak mandikan" aku senyum sinis terus masuk balik tolong Wak ..

Sekejap jer pastu .. masuk mangkuk yang cakap tak biasa tadi tu .. muka tebal ..nak tolong mandikan ..dia bersuara "maafkan saya.. saya nak tolong mandikan tapi saya tak tahu macamana nak mandikan..saya malu depan anak2 saya" aaaaaa.. tu la sebab utamanyer .. aku tak paham betul la dengan manusia skang ni .. ego kemain .. berlagak kemain ..tapi bila sampai bab bab camni .. bodoh piang! kalau dah tak reti tu .. pegi la belajar memana .. apa dorang ingat dorang ni immortal ker ? tapi apa apa pun aku puas hati pasal dapat menyampaikan apa yang patut .. alhamdulillah sampai skang ni.. Dato' tu still keep in touch dengan aku .. katanya, dia tak pernah tengok ada orang muda yang berani bersuara.. asal dia datang semenanjung jer .. dia mesti ajak jumpa .. abis dah geram aku .. sekian

p/s: adakah anda seorang yang berani mengambil risiko.. sorang tau selamat sekampung..? asam tak sanggup jadi orang kampung tu..

Hero perang...cabut!!!

asam bercerita..

Ada suatu malam tu, masa tu asam bertugas sebagai Bilal Masjid Al-Hidayah ss3..kitorang jemaah sedang duduk sambil menantikan masuknya waktu isyak malam tu.. asam duduk la bersembang bersama pakcik2 pencen..asam memang suka duduk berbual ngan orang2 tua.. banyak pengalaman leh dapat..malam tu topik kitorang khususnya pasal kemerdekaan..asam bercerita..Dalam tengah seronok dengar cerita kemerdekaan pakcik2 ni..ada la hamba Allah tu bukak cerita 13 mei..di tokok tambah dengan pakcik2 yang lain..asam terdiam jer, takda pengalamankan..so dengarkan aje laa..sampai la satu masa tu..sorang pakcik ni bersuara "masa 13 mei tu, aku tebas berapa ramai cina..nak sangat tunjuk tere..aku sembelih laa" katanya selamba..asam pandang pakcik tu.."hebat pakcik ni" ajuk asam nak tengok dia ni orang yang macamana...dengan riak dia jawap "aku memang dah biasa sembelih2 orang ni..20 orang bawak kapak pun aku tak lari" asam senyum jer..asam test dia lagi.."kalau saya ada keje amal..boleh saya minta tolong pakcik? lagipun pakcik tak buat apa dah skang kan?" dia jawap.."bolehhhh".. "ni nak kene la orang tua ni.." kata asam dalam hati..

Sememangnya dia tak tahu yang asam buat keje pengurusan jenazah..Selang beberapa malam tu, asam dapat satu kes cina tionghua..mati sakit stroke..dah tua dah cina ni..takda embalm .. cuma ada penghantaran mayat jer..asam fikir ni peluang nak test pakcik hero tu..lepas dah buat arrangement ngan pakcik tu.. asam jemput dia kat umah dia.. dia bagi salam dan masuk dalam van..dia tegur "kita nak buat keje amal apa ni ustaz?" sememangnya aku dipanggil dengan gelaran Ustaz masa jadi bilal dahulu atas dasar tugas asam sebagai Bilal..asam jawap "malam ni kita buat keje amal..antar kawan saya balik ke kampung dia kat kuala selangor" pakcik tu angguk2 tanda faham..Sampai di PPUM.. dia dah mula hairan "kenapa kita datang kat spital ni?" asam jawap "kawan saya duduk sini..dia discharge kejap lagi" senyum asam.. dia tanya lagi "kenapa tak parking kat tempat kete? ni hala ke bilik mayat ni?" dia dah mula seriau..asam jawap "parking kete jauh.. sini tak payah bayar parking, lagipun saya kene tolak kawan saya dari wad.. tembus kat sini" jawap asam meyakinkan dia.. dia angguk2 tanda faham..lepas parking kete..asam minta dia tunggu kejap kat van sementara asam ambik kawan asam tu..

Sementara asam tinggalkan dia dekat van, asam masuk kat dalam storage mayat tu, sign borang apa yang patut..pastu bawak keluar body cina tua tu..sebelum bawak keluar.. asam parking dulu troli stretcher tu tepi pintu..dan panggil pakcik tu.."pakcik..boleh tolong angkat kawan saya ni tak?" dengan pantas pakcik tu datang nak tolong.. tiba2 dia bersuara "kenapa berbungkus kawan ustaz ni?" asam jawap.." dia tengah tido tu.. pakcik pegang tang sini .. sementara saya pegang tang sini" dia pun pegang.. tapi asam dah nampak muka pakcik tu dah mula pucat.. masa pegang tu.. asam mintak dia tahan kejap pegangan dia tu..asam letakkan pegangan asam kat bawah..pastu asam tarik selimut tu..ternampak la muka herot cina tua dengan darah meleleh kat muka dia.. "mayat!!!!!!!" jerit pakcik tu sambil lepaskan pegangan dia.. lari lintang pukang..termuntah2 Asam berdekah-dekah ketawa.. "oi oi nak kemana tu? kata hero perang?" sambil melambai2 kat pakcik tu..asam pujuk pakcik tu dalam 5 minit..yakinkan dia..asam mintak bantuan budak jaga bilik mayat tu untuk masukkan body cina tu dalam van..asam tengok pakcik tu dah duduk diam dalam van.. bertasbih..agak laju laa..bila semua dah selesai.. asam pun gerak slow2 meninggalkan hospital menuju ke kuala selangor..dalam perjalanan tu asam perati pakcik tu tak bercakap sepatah apa .. muka pucat ya amat..mulut tak abis2 bertasbih...asam senyum jer..sesampainyer kitorang kat ijok..dekat kuil india tepi jalan tu.. asam berhenti "pakcik duduk jap yer..saya nak buang air" kata ku pada pakcik.. dengan spontan pakcik tu balas "aku nak ikut gak.. aku tak boleh tinggal ngan mayat ni..dah la gelap kiri kanan ni.. aku takut!!" asam senyum lagi sambil geleng2 kepala tengok gelagat orang tua ni ...lepas semua dah selesai..asam antar balik pakcik tu kat umah dia..dan takda apa apa jadi pastu sampai la 2-3 hari selepas tu..

Asam peratikan pakcik2 duk bersembang2 lagi kat tempat yang sama.. asam hampiri dorang dan bagi salam "Assalamualaikum pakcik semua" dorang tersenyum.. dan jawap "W'salam ustaz..syabas!" Asam terpinga2 .. kenapa plak dorang syabas kat asam ni.. rupa2nyer dorang puas hati pasal dorang memang tak berapa berkenan dengan sifat riak kawan dorang lagi satu tu.. rupanyer sehari lepas kejadian tu..hero perang tu dah pukul canang kat masjid pasal keje asam..mana yang dah tahu memang senyum jer..mana yang tak tahu tu.. jadi curious nak tahu keje yang macamana.. Alhamdulillah..walaupun dah tak jadi bilal masjid.. sampai skang kalau asam singgah solat kat masjid tu..asam masih diberi peluang untuk azan kalau asam gian..sekian..

p/s: hero perang yer .. amik obat !!

Monday, November 3, 2008

Di ikut?...

Peristiwa ni jadi dalam 4-5 tahun lepas gak, masa tu aku buat keje hantar mayat..so nak dijadikan cerita..aku dapat satu kes cina..mati sakit tua..kat HUKM..memandangkan kat HUKM tak dibenarkan proses mayat, jadi aku bawak body ni gi PPUM untuk diproseskan..aku embalm mana yang patut.. mandi..makeupkan dia ..pastu aku mintak casket 8-11 uruskan bab sembah2 tokong.. sambil tu aku dok borak ngan waris si mati ni..Lepas dah selesai semuanyer, aku pun masukkan si mati ni dalam van, pastu aku tanya kat waris "ada sapa sapa mau ikut saya naik ini van ka aunty?" pasal sesetengah fahaman cina..kene bakar colok sepanjang perjalanan si mati..dia jawap "takda, u bawak..we all ikut belakang, jumpa at tol juru" katanya selamba.. "ok la tu..boleh aku bawak laju" jawap dalam hati aku ni..sebelum gerak tu aku sempat nampak waris si mati letakkan radio kecik kat telinga si mati.. radio mati orang cina.. ada la bacaan amitabo bla bla tu.. aku tanya kat waris si mati "apa itu aunty?" jawap dia "oO ini untuk semayang..kasi papa masuk syurga" senyum dia .. aku pun balas senyum..tapi dalam hati aku cakap "ko siap ko..ko mesti kene ngan aku pasni" hehehe..

Aku bawak ikut peraturan..sampai la tol Damansara, lepas jer tol tu..aku berenti jap..buat2 macam nak betulkan ikatan si mati ni..aku buang radio kecik tu..aku turunkan selimut kuning tu..bagi nampakkan muka dia yang mengecut tu..aku sambung balik drive.. aku bukak radio..pasang CD Quran.. pastu sambil aku bawak van tu...aku cakap ngan si mati "apek..masak la ko nanti jumpa mungkar nankir..lu mesti kene punya..mesti lu kena kaw kaw punya" walau pun perbualan tu sehala .. aku dapat peratikan muka si mati mengerut sikit..berpeluh-peluh macam menahan sakit.. aku pulak senyum "dah cuak la lu apek..aku dah kater" sepanjang perjalanan aku ke Penang tu takda masalah, berborak dengan apek tu..lepas tol Juru..aku jumpa balik waris si mati then kitorang sama-sama konvoi ke Penang Chinese Crematorium.. aku park van macam biasa.. pastu pekerja PCC tolong aku keluarkan si mati.. waris datang nak jenguk papa dia..tiba2 dia terkejut "mana itu radio? why papa's face like this?"Aku jawap "taktau woOo..i rasa uncle "si mati" buang la tadi aunty" si waris terkedu..lepas aku dah selesaikan semuanyer.. aku pun bersiap untuk balik ke KL balik..jam menunjukkan pukul 1 pagi..lepas dapat bayaran semua.. aku pun shoot balik ke KL.. kat sini laa bermula kisah cerita..

Sesampainyer aku kat r & r sg. perak, aku park kat tepi petronas tu..jauh sikit dari kenderaan biasa pasal aku tanak orang lain terbau apa apa yang kurang menyenangkan.. aku gi makan, lepas aku balik makan tu..aku masuk dalam van, aku rasa semacam..macam ada yang tak kene..aku tengok kiri kanan.. takda apa..aku tengok cermin sisi..takda apa gak..aku tengok kat cermin tengah tu..alamak! si mati tadi ada dalam van aku balik..terkejut aku.. apsal plak cina tua ni dok ikut aku.. camna aku nak balik ni..puas akal aku berfikir..mundar mandir aku dibuatnya.. penyudahnya, aku ambil wudhu', aku masuk balik dalam van.. bukak tingkap seluas-luasnya..start enjin pastu aku cakap as if like he's really there "uncle mau ikut..boleh tapi kasi mati enjin bila uncle mau turun ok?" aku tengok dia tak berganjak kat belakang tu.. memandang tepat kat aku..elok2 aku plan nak bawak 140-160 sepanjang highway tu.. terus tak boleh..van terasa berat sangat..100km/j jer..mulut aku dok baca surah yasin yang sememangnya aku hafal ketika tu..

Alhamdulillah.. sampai jugak aku ke kl..aku pandang lagi ke belakang..ada lagi cina tua ni, aku menyusur ke sg. besi..untuk antar van ni.. sampai kat satu tempat tu..van tiba2 termati enjin..aku mengeluh, "dia nak turun ni.." kata aku.. aku pun keluar dari van..bukak semua pintu yang ada kat van, aku bersuara "ok uncle ..kita sudah sampai.. elok2 jalan aa..tamau ikut2 saya lagi aa" aku dapat rasakan macam van tu berhenjut..aku dapat rasakan angin lalu depan muka aku ni.. aku tutup balik pintu ..sebelum aku masuk ke van.. aku perati keadaan sekeliling.. jirat cina rupanyer.. aku hentak kaki aku ke tanah 3 kali.. ludah ke kiri 3 kali.. aku pun masuk dalam van.. baru aku boleh pecut balik.. 2-3 hari selepas tu..aku nampak kelibat si mati kekadang muncul..ada dalam mimpi, ada masa aku tengah berborak dengan kawan2..tapi Alhamdulillah dia tak ikut aku dah.. sekian..

p/s: mungkin silap aku kerana mengajuk astaghfirullahal azim...

salam seDunia dari asam...

assamualaikum dunia..

ternyata aku masih baru di dalam bidang penulisan..namun ku gagahkan jua atas dorongan sahabat2 yang sedar akan bakat yang ada pada diriku..terus-terang aku katakan yang aku tidak tahu apa itu bidang penulisan, atau bagaimana sesuatu karya itu dihasilkan..aku cuba berbicara menggunakan kata yang bagiku biasa.. tiada frasa frasa bahasa puitis atau bahasa pujangga..niatku hanya satu.. agar segala yang diceritakan disini dapat menjadi butiran yang amat berguna pada sesiapa jua yang membacanya.. insyAllah
 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger