Tuesday, November 4, 2008

Roadtrip?

Assalamualaikum buat kali keempat asam bercerita..maaf citer ni agak panjang..

Peristiwa ni rasa aku dah 4-5 tahun lepas laa.. masa tu aku buat keje penghantaran mayat..aku ada dapat satu kes ni ..body islam siam.. keje kontrak.. punca kematian: fractured face, dalam ertikata lain ..jatuh dari tingkat 18..muka dia hancur 80%..so seperti biasa lepas post-mortem, aku embalm, mandi kapankan, sembahyang pastu nak hantar la kawan ni balik sampai border Malaysia-Siam..kat sana nanti waris dia datang amik naik pick-up truck..So aku pun bertolak la sorang2 ngan "Siam" ni dari PPUM kalau tak silap aku..waktu tu dah kul 10 malam kalau tak silap aku..

Macam biasa, aku drive sensorang kat highway PLUS tu layan blues ..sedekah apa2 yang patut pada jenazah, borak2 analog ngan jenazah..pastu nyanyi sorang2 sambil aku nyusur highway yang gelap tu.. memang dah jadi tradisi aku kalau buat roadtrip, aku mesti sakat budak yang jaga pump minyak kat luar tu..aku singgah kat R&R gunung semanggul untuk isi minyak..sebelum aku berenti tu, aku dah tarik selimut ijau yang cover muka jenazah tu .. pastu aku bukak sikit tingkap sisi belah kanan belakang driver..aku pun berenti laa isi minyak.. matikan enjin.. bukak pintu..pastu aku cakap kat budak yang jaga luar pump tu "dol..minyak RM50..aku nak pi kencing sat" aku bagi kunci van kat dia.. dia pun sambut kunci tanpa segan silu.. aku pun jalan la kononnya nak gi toilet.. separuh jalan .. aku jerit kat dia "dol..hang tanya kawan aku kat belakang tu nak minum air apa?" budak tu pun bukak luas tingkap yang aku saja bukakkan sikit tu..jenguk ke dalam.. tiba2 dia jerit "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mayat !!!!!"aku yang nyorok tepi dinding tu..terkekek-kekek gelak kat budak tu..lama la jugak aku gelakkan dia sampai senak2 perut aku ni..budak tu terus senyap tak berkata apa.. aku tengok muka dia dah pucat dah..tahan marah+terkejut+takut lepas apa yang dia dah tengok..aku pun beli air, makanan, rokok..pastu aku pegi la kat van tu balik.. aku bayar duit minyak dengan tip RM10 kat dia..budak tu amik, aku start van parking tepi petrol stesen tu nak makan roti jap.. pastu aku perati dia tarik kerusi letak betul bawah lampu spotlight terang..hehehe

Aku teruskan perjalanan aku..sepanjang malam sampai la aku dah nak hampir kat sempadan.. kalau korang biasa gi sempadan..kat bukit kayu hitam tu ada satu road block UPP (unit pencegah penyeludupan)..dia tahan aku .. aku pun benti ler..dia tanya "hang nak masuk siam awai2 ni pasai apa? seludup ka? hang tau laa ni baru kul 4 pagi?" aku senyum.. aku cakap kat dia "saya antaq mayat ni bang" dia tak caya yang aku sorang2 antar mayat..dia kata "hang benti sat..aku nak tengok mayat yang hang dok bawak tu" aku matikan enjin..pastu aku tengok sarjan UPP tu pergi kat belakang van..aku pun dengan pantas tarik selimut tu lagi sekali menampakkan muka jenazah yang hancur tu.. aku panjat dan bukak pintu van dari dalam.. dia pun suluh dalam van tu dengan gunakan light dari depan carbine (senjata) dia.. tersuluh plak direct kat muka jenazah tu.. terkejut dia "ya Allah! hang blah! blah!".. aku ajuk dia "tanak interview dia ker bang?" dengan pantas dia off safety carbine dia.. dia cakap kat aku "aku cakap hang blah! sebelum aku tembak hang!"

Aku pun senyum .. aku pun blah menuju ke sempadan..lepas dah setel semua dalam kul 6 pagi aku pun patah balik ke kl..lalu la kat tempat UPP tu tadi..mangkuk tu tahan lagi..dia cakap "hang berenti sat..aku nak sembang ngan hang nih" sambil menuding carbine dia kat aku..aku pun berenti ler.. dia terus tanya "aku tak pernah jumpa ada anak muda berani antaq mayat sorang2 dari kl..hang ni mesti ada baca nih" tuduh dia..aku pun ngaku laa "memang ada baca..awatnya?" dia tanya lagi "ajaq abg hang dok baca apa?" aku balas "boleh..pi beli kopi tok ayah satu..suria sekotak..pengeras dia bang" tanpa buang masa..dia calling macai dia .. pi beli apa yang aku nak..lepas beberapa minit..aku dapat apa yang aku mintak..aku cakap kat dia "ada pen ngan kertas? tulis ni naa" dia pun dengan muka semangat tulis la apa yang aku cakap sampai abis..aku mintak dia baca, aku tengok muka dia pelik..."aku rasa cam pernah dengaq ja ayat ni" aku dah sengih2 dah..aku pun cakap "awat la mangkak sangat bang nih..tu doa naik kete la bang oi!" aku gelakkan dia... dia dengan tenang angkat carbine dia..tala kat muka aku..dan cakap "nak aram..hang ni kojaq sunggoh..hang pi berambuih balik kl!"aku tersengih2 berjalan ke van aku.. dan blah dari situ.. puas hati aku, dok nyusahkan aku awal awal pagi tadi kenapa.. kan dah mendapat..

p/s: tok guru aku pesan dalam nak berdakwah, kita kene pandai sesuaikan dengan suasana..ada yang seram..tapi tu di episod yang akan datang ek... sekian

4 comments:

abeInc said...

apa motif sebenar anda bercerita tntang semua benda nie?adakah anda nak ckp anda berani atau nak mengaibkan jenazah atau nak org ramai tau yg anda ni seorang yg hebat berdepan dgn jenazah didepan org ramai?itu saja yg saya nmpak disebalik anda bercerita ini..anda macam xde `respek` langsung dekat jenazah dan mcm mmpermainkan jenazah.minta maaf klau komen saya ni mmbuat anda terasa..tetapi apa yg sy nmpak dlm cerita ini seoleh2 anda hendak bercerita tntang kehebatan anda berdepan jenazah atau anda hanya menambah2kan cerita.. TQ

a s a m said...

terima kasih atas komen anda, tapi bukan itu sebab saya menulis ini semua..mungkin dari sudut penulisan saya, pemahaman anda membuktikan yang saya cuba menceritakan kehebatan saya..tapi terus terang, ikhlas saya katakan..bukan itu niat saya..maaf jika anda terasa begitu..

knapp said...

abe?
engkau ke yang komen tu?
aku tak percaya la

Orangelily said...

salam.
bagi saya ini semua lumrah kehidupan. saya xrasa en asam nak menunjuk2 kehebatannya. ini adalah pengajaran utk org yg masih bernafas kat muka bumi ni. setiap yg hidup pasti akan pergi.
sekian.

 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger