Wednesday, November 5, 2008

ada bela?

asam terkenang..

Peristiwa ni berlaku dalam beberapa tahun lepas, di sekitar kawasan kuala lumpur..aku telah dipanggil untuk menguruskan jenazah sipolan yang agak muda juga usianya..setelah selesai urusan hospital, aku hantar jenazah balik ke rumah keluarganya ditemani oleh waris terdekatnya..sesudah sampai..aku dapat melihat keakraban semangat kejiranan yang datang untuk menolong menguruskan jenazah..Alhamdulillah

Aku bersandar di van sambil memerhati mereka menguruskan jenazah..tersenyum kagum melihat mereka.."bagus dorang ni" kata hati aku..setelah selesai urusan mandi kapan, aku terdengar suara dari dalam rumah bersuara "kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa, sila tuntut pada saya...." aku terkejut dengan tiba2 kedengaran suara perempuan menjerit2..disusuli dengan hiruk pikuk gelagat orang berlari keluar dari rumah tersebut..yang membuatkan aku lagi terkejut, aku ternampak dua lembaga berjubah putih melompat keluar dari tingkap ke bawah..lari dengan sepenuh hati...

Aku pantas naik ke atas rumah tersebut dan bertanya "apa dah jadi ni bang?" aku dapati ramai perempuan baring di lantai.. pengsan! cuma ada beberapa lelaki yang masih gagah berdiri memerhatikan simati.."Ya Allah! dia bangun!!" berkata dalam hati..patut la lintang pukang tadi..aku terdiam memikirkan apa yang harus aku buat..dengan tak semena2 kedengaran seseorang bersuara "dia ni ada bela nih..aku pernah nampak dulu..bukak atap tu" bentak seorang pakcik dalam rumah tu..aku terkejut sekali lagi "ada bela?" kata hatiku..bagi aku kalau dia betul ada membela..dah tentu mayat tu bergerak atau bersuara..tapi ni tidak! hanya duduk keras begitu..waris yang ada di dalam rumah tu serba salah samada untuk mengikut saja kata pakcik tu atau...

Aku tekadkan pendirian, bahawa ini mesti urat simati ni..aku hampiri waris dan bertanya "sepanjang simati ni hidup dulu, ada dia belajar apa2 yang tak patut?" jawap waris "setahu saya takda..tapi tak tahu lah"..aku terdiam lagi..berfikir..sambil memerhatikan pakcik yang melalak tadi menyuruh budak2 muda panjat ke rumah untuk membuka atap..datang beberapa pakcik untuk membaringkan semula simati..aku turut menolong tapi tak boleh! keras !! puas aku berfikir..macamana ni..sambil tu aku perati muka simati.."mata tutup..tak bersuara..nadi takda..memang confirm dah mati ni" pening.. pening..aku telefon seseorang dan bertanya macamana nak selesaikan masalah ni..selang 10 minit, aku dapat cara yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ni semua..

Aku hampiri waris dan meminta semua yang ada agar keluar dari rumah kecuali beberapa pakcik yang cuba baringkan simati tadi.. aku minta kain bagi menghalang penglihatan orang luar dan aku mulakan tugasan aku.. "Bismillah...aku buka kembali ikatan kain kapan, dan mula memotong beberapa bahagian anggota badan simati untuk mencari urat pulmonari..aku minta waris menolong aku untuk lap darah yang keluar dari bekas potongan tu.."tak salah ker ni dik?" tanya waris..jawapku "kalau betul tekaan saya..insyaAllah simati ni baring balik"..aku sedut darah yang ada dan aku masukkan formalin ke dalam urat simati..agak banyak juga formalin yang aku letakkan..mungkin aku gelabah juga masa tu..setelah selesai..aku jahit kembali potongan..Alhamdulillah ..selesai! aku dapati simati boleh dibaringkan tapi kapannya berdarah di tempat yang aku potong tadi.."kita mandikan lagi sekali..ada kain kapan lagi?" tanyaku pada waris.."ada" jawapnya gembira..

Kami memandikan simati..mengapankan..solat jenazah untuk simati..kemudian usung simati ke dalam van untuk di hantar ke kawasan perkuburan..tegur seorang pakcik "mana tukang baca talkin tadi?" semua pandang antara sendiri.."dah lari dah pakcik tadi" jawap seorang budak kecil..ada yang tersenyum..ada yang ketawa kecil.."takper..adik tolong panggilkan ustaz tu balik..suruh dia jumpa di kubur yer?" pinta si waris.. kami pun menyusur ke tanah perkuburan..kebumikan beliau..terus bertahlil serta talkin..semoga roh simati dicucuri rahmatNya..amin

p/s: setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..wallahu'alam

6 comments:

Ibnumuflih said...

kesimpulan nya ... manusia masih takut pada org mati .. aneh kan ?? ape lah yg di takut kan dengan mayat ?? itu semua di sebabkan banyak dgr cite khurafat ...

uncle^dean said...

owh...begitu kisah nyer...kira si arwah ni bangun pasal ader bersangkut paut ngan urat dan sendi yer... ok ok baru paham..

tapi tu lah orang kita...cepat jer bagi rumusan..tanpa bertanya pada yg arif..heheh..

tapi kan la asam...ikhlas aku bagitau... mau tak terkejut kalo orang yang mati tiba2 bangun,,heheh

Anonymous said...

Salam kenal,terima kasih atas kunjungan anda ke blog puisi saya.saya ingin bertukar link dengan anda....apakah anda berkenan....???

reenz said...

sengal nye tukang baca talqin! sabo je laa..

asam said...

aku pun cuak sebenarnya masa tu..tapi aku fikir dari dua aspek..agama dan & sains..

cik orenlili said...

mau x cuak. ;)
neway, nice story. klau i ada kat situ pon mgkin tergolong dlm macik2 yg pengsan tu agaknya..
sekian, salam fitrah.

 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger