Saturday, March 21, 2009

Kisah Suami Isteri..



Tersebutlah satu kisahnya..ada sepasang suami isteri penyayang ni..mereka sedang minum petang berdua di perkarangan rumah mereka..sambil menjamah kuih cekodok, mereka berbual..

"Yah..Abg ada satu soalan yang Abg nak tanya pada Yah.." berkata si suami memulakan bicara.. "apa dia bang? tanyalah..kalau Yah boleh jawap..Yah jawap" jawap sopan si isteri..si suami membetulkan duduknya lalu bertanya.."selama 40 tahun kita bergelar suami isteri...apa pernah Yah..err..menduakan Abg?" tanya si suami pada isteri kesayangannya.. si isteri agak terkejut dengan pertanyaan suaminya..lalu tunduk mengeluh.."pernah bang..3 kali" Si suami agak terkejut dengan jawapan isterinya.."bila? yang pertama bila?" tanya si suami lagi..

"Abg ingat tak masa kita muda2 dulu..pernah sekali tu kita terlampau miskin..Abg tak bekerja masa tu dan rumah kita hampir dilelong oleh bank..Abg ingat tak?" jawap si isteri memulakan cerita..si suami mengangguk.."Masa tu pegawai bank datang untuk menyita rumah kita..Yah kesiankan Abg kerana rumah tu rumah pusaka ibu Abg..pegawai bank tu minta 'sesuatu' sekiranya kita tak mampu nak bayar hutang tu..dan Yah 'tolong' Abg bayarkan hutang rumah tu.." terang si isteri dalam nada kesal.."Maafkan Yah bang.." pohon si isteri sambil menangis.."Oh..kalau begitu ceritanya..takpa kalau demi menyelamatkan rumah pusaka kita, Abg maafkan Yah" jawap si suami dengan tenang.."yang kedua?" tanya si suami lagi..

"Masa tu Abg sakit jantung..terlantar kat hospital..Abg ingat tak?" tanya si isteri..si suami mengangguk lagi.."kita tak punya duit untuk biaya pembedahan jantung Abg masa tu..kita terlampau susah masa tu bang.." keluh si isteri.."Doktor ada berjumpa dengan Yah..bertanyakan tentang bayaran kos pembedahan Abg..tapi kita takda duit masa tu bang.." sambung si isteri sambil mengelap air matanya..."Doktor tu sanggup melakukan pembedahan tu 'free' kalau Yah sanggup.." sambungnya lagi.."Yah fikirkan keselamatan Abg masa tu..jadi Yah pun 'tolong' bayarkan untuk Abg..." terang si isteri dan menangis...."Maafkan Yah bang.." pohon si isteri sambil menangis.."Oh..kalau begitu ceritanya..takpa kalau demi keselamatan diri Abg, Abg maafkan Yah" jawap si suami dengan tenang.."yang ketiga?" tanya si suami..

Si isteri berhenti menangis dan tersenyum..lalu memandang pada suaminya.. "Abg ingat tak masa Abg bertanding Ketua Bahagian dulu? Abg ingat tak?" tanya si isteri..si suami mengangguk lagi.."Oh! ya..Abg ingat lagi.." jawap si suami.. "aaa..masa tu Abg bertanding satu lawan satu..Abg menang 200 undi..ya! ya! Abg ingat" beritahu si suami pada isterinya..si isteri tersenyum melihat suaminya gembira mengenangkan peristiwa itu.. "200 undi tu .. Yah laa yang 'tolong' Abg" beritahu si isteri selamba..

Si suami terus tumbang.....

4 comments:

Anonymous said...

x paham
eheks!

eL said...

ngeh ngeh ngeh....versi bahasa melayu ye.

uncle^dean said...

wadus....200 undi tu..mau bla bla bla

Fatin said...

hahaha.. demam~ demam~ amboih pokcik, laju aja dia.. :))

 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger