Tuesday, November 4, 2008

Hero perang...cabut!!!

asam bercerita..

Ada suatu malam tu, masa tu asam bertugas sebagai Bilal Masjid Al-Hidayah ss3..kitorang jemaah sedang duduk sambil menantikan masuknya waktu isyak malam tu.. asam duduk la bersembang bersama pakcik2 pencen..asam memang suka duduk berbual ngan orang2 tua.. banyak pengalaman leh dapat..malam tu topik kitorang khususnya pasal kemerdekaan..asam bercerita..Dalam tengah seronok dengar cerita kemerdekaan pakcik2 ni..ada la hamba Allah tu bukak cerita 13 mei..di tokok tambah dengan pakcik2 yang lain..asam terdiam jer, takda pengalamankan..so dengarkan aje laa..sampai la satu masa tu..sorang pakcik ni bersuara "masa 13 mei tu, aku tebas berapa ramai cina..nak sangat tunjuk tere..aku sembelih laa" katanya selamba..asam pandang pakcik tu.."hebat pakcik ni" ajuk asam nak tengok dia ni orang yang macamana...dengan riak dia jawap "aku memang dah biasa sembelih2 orang ni..20 orang bawak kapak pun aku tak lari" asam senyum jer..asam test dia lagi.."kalau saya ada keje amal..boleh saya minta tolong pakcik? lagipun pakcik tak buat apa dah skang kan?" dia jawap.."bolehhhh".. "ni nak kene la orang tua ni.." kata asam dalam hati..

Sememangnya dia tak tahu yang asam buat keje pengurusan jenazah..Selang beberapa malam tu, asam dapat satu kes cina tionghua..mati sakit stroke..dah tua dah cina ni..takda embalm .. cuma ada penghantaran mayat jer..asam fikir ni peluang nak test pakcik hero tu..lepas dah buat arrangement ngan pakcik tu.. asam jemput dia kat umah dia.. dia bagi salam dan masuk dalam van..dia tegur "kita nak buat keje amal apa ni ustaz?" sememangnya aku dipanggil dengan gelaran Ustaz masa jadi bilal dahulu atas dasar tugas asam sebagai Bilal..asam jawap "malam ni kita buat keje amal..antar kawan saya balik ke kampung dia kat kuala selangor" pakcik tu angguk2 tanda faham..Sampai di PPUM.. dia dah mula hairan "kenapa kita datang kat spital ni?" asam jawap "kawan saya duduk sini..dia discharge kejap lagi" senyum asam.. dia tanya lagi "kenapa tak parking kat tempat kete? ni hala ke bilik mayat ni?" dia dah mula seriau..asam jawap "parking kete jauh.. sini tak payah bayar parking, lagipun saya kene tolak kawan saya dari wad.. tembus kat sini" jawap asam meyakinkan dia.. dia angguk2 tanda faham..lepas parking kete..asam minta dia tunggu kejap kat van sementara asam ambik kawan asam tu..

Sementara asam tinggalkan dia dekat van, asam masuk kat dalam storage mayat tu, sign borang apa yang patut..pastu bawak keluar body cina tua tu..sebelum bawak keluar.. asam parking dulu troli stretcher tu tepi pintu..dan panggil pakcik tu.."pakcik..boleh tolong angkat kawan saya ni tak?" dengan pantas pakcik tu datang nak tolong.. tiba2 dia bersuara "kenapa berbungkus kawan ustaz ni?" asam jawap.." dia tengah tido tu.. pakcik pegang tang sini .. sementara saya pegang tang sini" dia pun pegang.. tapi asam dah nampak muka pakcik tu dah mula pucat.. masa pegang tu.. asam mintak dia tahan kejap pegangan dia tu..asam letakkan pegangan asam kat bawah..pastu asam tarik selimut tu..ternampak la muka herot cina tua dengan darah meleleh kat muka dia.. "mayat!!!!!!!" jerit pakcik tu sambil lepaskan pegangan dia.. lari lintang pukang..termuntah2 Asam berdekah-dekah ketawa.. "oi oi nak kemana tu? kata hero perang?" sambil melambai2 kat pakcik tu..asam pujuk pakcik tu dalam 5 minit..yakinkan dia..asam mintak bantuan budak jaga bilik mayat tu untuk masukkan body cina tu dalam van..asam tengok pakcik tu dah duduk diam dalam van.. bertasbih..agak laju laa..bila semua dah selesai.. asam pun gerak slow2 meninggalkan hospital menuju ke kuala selangor..dalam perjalanan tu asam perati pakcik tu tak bercakap sepatah apa .. muka pucat ya amat..mulut tak abis2 bertasbih...asam senyum jer..sesampainyer kitorang kat ijok..dekat kuil india tepi jalan tu.. asam berhenti "pakcik duduk jap yer..saya nak buang air" kata ku pada pakcik.. dengan spontan pakcik tu balas "aku nak ikut gak.. aku tak boleh tinggal ngan mayat ni..dah la gelap kiri kanan ni.. aku takut!!" asam senyum lagi sambil geleng2 kepala tengok gelagat orang tua ni ...lepas semua dah selesai..asam antar balik pakcik tu kat umah dia..dan takda apa apa jadi pastu sampai la 2-3 hari selepas tu..

Asam peratikan pakcik2 duk bersembang2 lagi kat tempat yang sama.. asam hampiri dorang dan bagi salam "Assalamualaikum pakcik semua" dorang tersenyum.. dan jawap "W'salam ustaz..syabas!" Asam terpinga2 .. kenapa plak dorang syabas kat asam ni.. rupa2nyer dorang puas hati pasal dorang memang tak berapa berkenan dengan sifat riak kawan dorang lagi satu tu.. rupanyer sehari lepas kejadian tu..hero perang tu dah pukul canang kat masjid pasal keje asam..mana yang dah tahu memang senyum jer..mana yang tak tahu tu.. jadi curious nak tahu keje yang macamana.. Alhamdulillah..walaupun dah tak jadi bilal masjid.. sampai skang kalau asam singgah solat kat masjid tu..asam masih diberi peluang untuk azan kalau asam gian..sekian..

p/s: hero perang yer .. amik obat !!

4 comments:

reenz said...

apesal ngan aku ko garang jekkkk sengal? eleh

asam said...

aku garang bersebab..bukan aku garang pasal benci kat ko.. tapi aku garang pasal...

SitiNurGagah said...

mak aihh asam ni,duduk dengan mayat. seksi nya bukan main.wakakkaka
ohhh hanya sekada gamba :p whoa!

Anonymous said...

pengajaran utk semua supaya jgn ckp besar/berlagak. ;) hee. neway, mmg kelakar. *sukaa*

 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger