Saturday, December 11, 2010

knOck! knOck!

hello wOrld !!! i'm back !!!!

Tuesday, February 16, 2010

asam kembali..

salam..

i'm converting my blog into somethin else..all the stories in here has been transfered to my other blog..to whom it might be concern, daMn you!




Saturday, March 21, 2009

Kisah Suami Isteri..



Tersebutlah satu kisahnya..ada sepasang suami isteri penyayang ni..mereka sedang minum petang berdua di perkarangan rumah mereka..sambil menjamah kuih cekodok, mereka berbual..

"Yah..Abg ada satu soalan yang Abg nak tanya pada Yah.." berkata si suami memulakan bicara.. "apa dia bang? tanyalah..kalau Yah boleh jawap..Yah jawap" jawap sopan si isteri..si suami membetulkan duduknya lalu bertanya.."selama 40 tahun kita bergelar suami isteri...apa pernah Yah..err..menduakan Abg?" tanya si suami pada isteri kesayangannya.. si isteri agak terkejut dengan pertanyaan suaminya..lalu tunduk mengeluh.."pernah bang..3 kali" Si suami agak terkejut dengan jawapan isterinya.."bila? yang pertama bila?" tanya si suami lagi..

"Abg ingat tak masa kita muda2 dulu..pernah sekali tu kita terlampau miskin..Abg tak bekerja masa tu dan rumah kita hampir dilelong oleh bank..Abg ingat tak?" jawap si isteri memulakan cerita..si suami mengangguk.."Masa tu pegawai bank datang untuk menyita rumah kita..Yah kesiankan Abg kerana rumah tu rumah pusaka ibu Abg..pegawai bank tu minta 'sesuatu' sekiranya kita tak mampu nak bayar hutang tu..dan Yah 'tolong' Abg bayarkan hutang rumah tu.." terang si isteri dalam nada kesal.."Maafkan Yah bang.." pohon si isteri sambil menangis.."Oh..kalau begitu ceritanya..takpa kalau demi menyelamatkan rumah pusaka kita, Abg maafkan Yah" jawap si suami dengan tenang.."yang kedua?" tanya si suami lagi..

"Masa tu Abg sakit jantung..terlantar kat hospital..Abg ingat tak?" tanya si isteri..si suami mengangguk lagi.."kita tak punya duit untuk biaya pembedahan jantung Abg masa tu..kita terlampau susah masa tu bang.." keluh si isteri.."Doktor ada berjumpa dengan Yah..bertanyakan tentang bayaran kos pembedahan Abg..tapi kita takda duit masa tu bang.." sambung si isteri sambil mengelap air matanya..."Doktor tu sanggup melakukan pembedahan tu 'free' kalau Yah sanggup.." sambungnya lagi.."Yah fikirkan keselamatan Abg masa tu..jadi Yah pun 'tolong' bayarkan untuk Abg..." terang si isteri dan menangis...."Maafkan Yah bang.." pohon si isteri sambil menangis.."Oh..kalau begitu ceritanya..takpa kalau demi keselamatan diri Abg, Abg maafkan Yah" jawap si suami dengan tenang.."yang ketiga?" tanya si suami..

Si isteri berhenti menangis dan tersenyum..lalu memandang pada suaminya.. "Abg ingat tak masa Abg bertanding Ketua Bahagian dulu? Abg ingat tak?" tanya si isteri..si suami mengangguk lagi.."Oh! ya..Abg ingat lagi.." jawap si suami.. "aaa..masa tu Abg bertanding satu lawan satu..Abg menang 200 undi..ya! ya! Abg ingat" beritahu si suami pada isterinya..si isteri tersenyum melihat suaminya gembira mengenangkan peristiwa itu.. "200 undi tu .. Yah laa yang 'tolong' Abg" beritahu si isteri selamba..

Si suami terus tumbang.....

Friday, March 20, 2009

Kisah Si Golfer..


Kisah ini bermula bila seorang lelaki Malaysia telah sampai ke negara Afrika bagi menyertai satu pertandingan Golf professional..seperti biasa, dia sampai awal bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran di Afrika..setelah check-in di hotel ternama di sana, dia merayau di sekitar kawasan..waktu pada masa itu sudah agak hampir gelap..namun dia terus berjalan..berjalan menyusuri jalan..menikmati keindahan alam di bumi Afrika..

Dalam sedang dia asyik berjalan..tiba2 dia terpandang akan seorang perempuan di satu sudut kedai, perempuan itu kembali tersenyum memandang padanya..lalu terdetik di dalam hati sanubari lelaki itu "dia ni pelacur ni..dapat pelacur negro pun best ni..aku tak pernah main ngan negro lagi.." lalu dia gagahi mendekati perempuan itu lalu menyapa dan bermulalah sessi suaikenal antara lelaki dan perempuan negro itu..

Setelah beberapa ketika berunding..pelacur itu bersetuju melakukan bersama lelaki ini tapi dengan satu syarat.. 'main dalam gelap'..lelaki itu terus bersetuju, lalu dibawanya pelacur itu balik ke bilik hotel..lampu ditutup..mereka berciuman, berpelukan, berngomol dengan ganasnya..mereka bertarung dengan penuh nafsu..si lelaki sudah tak tahan, mahu memasukkan 'anu'nya ke dalam 'anu' si perempuan..lalu dalam kegelapan itu..lelaki itu menghunus dalam gelap.. "unggo!!" jerit pelacur itu..lelaki itu terkejut "mungkin besar sangat kot 'anu' aku ni..tak pun sedap tak" bisik hati lelaki itu bangga..dia menghunus lagi.."unggo!! unggo!!" jerit pelacur itu lagi..lelaki itu terus tidak beri peluang pada pelacur negro itu.. dihenyaknya cukup dalam gelap..si pelacur hanya mampu menjerit "unggo!!unggo!!unggo!!" sepanjang sessi mendayung sehinggalah selesai.....

esoknya..
Pertandingan Golf bermula dan apabila sampai giliran lelaki Malaysia ini, dia pun memukul dengan penuh gaya professional..tiba2 'kd' lelaki ini menjerit "unggo!!" Si lelaki ini terkejut dengan jeritan 'kd'nya.."takkan kd aku ni stim tengok aku kot?" lalu dia bertanya pada 'kd'nya.."what's the meaning of unggo?" Si 'kd' menjawap.. "salah lobang".....

Syurga Itu Di Bawah Telapak Kaki Ibu..

salam seDunia..

sekian lama asam menghilang, terasa indah sungguh bumi kita ini..tapi bukan itu yang asam hendak ketengahkan..asam nak berkongsi bidalan 'syurga itu di bawah telapak kaki ibu' bersama semua..

hendak dijadikan satu cerita..ada seorang budak kampung bernama Atan..berumur 8 tahun..di sekolah dia telah di ajar oleh gurunya mengenai bahasa Melayu..cikgunya telah memberitahu bahawa 'syurga itu di bawah telapak kaki ibu' .. Atan yang masih muda, tidak mengerti apa2..hanya mengingat apa yang diberitahu oleh cikgunya itu..

sesampainya di rumah..Atan meluru mencari ibunya.. "ibu! ibu!"..Ibunya yang sedang sibuk memasak di dapur, menyahut panggilan anak kesayangannya itu.."ibu di dapur nak.." Atan meluru kepada ibunya dan bertanya "ibu..tadikan..cikgukan..diakan...cakap bawah kaki ibu ada syurga..nak tengok?" ibunya yang hanya berkemban dan berselipar masa itu hanya tersenyum..Atan terus memaksa ibunya menunjukkan telapak kakinya lalu, ibunya meminta anaknya mencangkung di lantai..Atan tanpa banyak bicara terus mencangkung..

lalu ibunya membuka seliparnya lalu menunjukkan tapak kakinya pada anaknya..Atan yang setia menanti terus merenung ke tapak kaki ibunya itu .. sambil itu ibu memberitahu Atan bahawa bidalan itu hanyalah untuk memberitahu bahawa kalau hendak masuk syurga, jangan derhaka pada ibu.. Atan yang keliru pada mulanya, faham akan maksud perumpamaan itu..secara tidak sengaja Atan terpandang satu lubang berbulu dalam kain ibunya.."itu apa ibu?" tanya Atan pada ibunya.. ibunya tersenyum sekali lagi lalu menjawap.. "itu syurga abah kau.." Atan keliru semula..

Thursday, January 29, 2009

a n a k h a r a m !!!

apa dosa anak kecil ini?
dia belum kenal erti kehidupan lagi..
malahan dia masih tidak tahu apa itu erti peperangan..
dimindanya hanya tahu menangis jika lapar..takut..atau apa saja..
kenapa si kecil ini?
apa si kecil ini mencaci maki pada kamu kah?
atau si kecil ini melontar batu pada kereta kebal kamu kah?
atau si kecil ini telah menjentik salah seorang dari kamu?

kenapa kamu begitu zalim israel?
BINATANG !!
satu Dunia membantah kekejaman kau Israel namun tidak diendahkan..
jutaan suara Dunia bergabung menentang tindakan kau tapi kau pekakkan suara itu..
kau fikir kau paling hebat?
kau fikir tiada kuasa di Dunia dapat menghalang kekejaman kau?
ANAK HARAM !!!

aku tidak tahu apa tindakan ketua-ketua negara Islam seDunia..
aku cuma tidak faham kenapa KITA tak boleh bersatu..
pelbagai hinaan dilemparkan pada kita..
Nabi kita dihina..
Saudara kita dibunuh..
Perempuan dirogol..
Penindasan umat Islam berlaku di mana-mana..

apa tidak cukup lagi?
nak tunggu sampai apa?
kita punyai populasi terbesar di Dunia!!
mereka amat gentar kalau kita bersatu!!
takkan tak nampak lagi??

apakah umat Islam dilanda penyakit wahan?
apakah kita mencintai Dunia?
Ya Allah..aku mohon padamu agar aku tidak tergolong dalam golongan itu..

p/s: tak dapat aku bayangkan, jawapan yang harus kuberikan mengenai tindakanku pada saudaraku di Palestin tatkala disoal di akhirat kelak..








Indahnya malam pertama kita...

Dalam asam menyusur melayari internet..asam terbaca akan post di bawah ini, asam tersentak dengan isi kandungannya..sungguh menggerunkan! namun kita sebagai manusia biasa, tidak dapat lari pabila sampai waktunya...bacalah! fahamilah! renungkanlah!


Satu perihal sebagai bahan renungan Kita..
Untuk merenungkan betapa indahnya malam pertama Kita..
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata..
Bukan juga malam pertama masuk ke peraduan Adam & Hawa..
Akan tetapi malam pertama perkahwinan Kita di dalam kubur..
Satu malam yang meninggalkan hiba tangis sanak saudara..

Hari itu..Kita sangat dimanjakan..
Mandipun..harus dimandikan..
Seluruh aurat badan Kita di buka..
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya..
Tidak ada sedikit pun rasa malu..
Seluruh badan Kita digosok dan dibersihkan..
Kotoran dari setiap lubang, juga dubur dikeluarkan..
Bahkan lubang-lubang itu pun pasti ditutupi kapas putih..
Itulah 'susuk' Kita..
Itulah rupa jasad Kita waktu itu..

Setelah kita dimandikan..
Kita dipakaikan pula kain cantik berwarna putih..
Pakaian itu..jarang orang memakainya..
Pabila dipakai..Kita tak dapat pula melihatnya..
Pakaian yang sangat terkenal bernama kain Kafan..
Wangian ditaburkan ke baju Kita..
Bahagian kepala, badan dan kaki Kita diikatkan
Tataplah..renunglah..itulah wajah Kita..
Keranda pelamin Kita terus disiapkan..

Kita bersanding sendirian..
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga & sanak saudara..
Menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah lemah seluruh keluarga..
Serta rasa haru para handai taulan
Bacaan syahdu bersyairkan azan & kalimah zikir..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad..
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba lebih awal..

Siraman air mawar sebagai penghantar akhir kerinduan..
Dan akhirnya..tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggalkan sendirian..
Untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan Kita..
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap serangga & cacing tanah..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan selepas 7 langkah telah pergi..
Mungkar & Nangkir menghampiri Kita lalu bertanya..
Kita tidak tahu apakah Kita akan memperoleh nikmat Kubur..
Ataukah Kita akan memperoleh Seksa Kubur..
Kita tidak tahu...
Dan tidak seorang pun yang tahu..

p/s: asam ingin berkongsi garapan ini khusus buat teman2 & sesiapa juga yang dapat merasakan dan sedar bahawa kita sebenarnya sedang menunggu untuk merasakan ''malam pertama'' kita..Anehnya kita tidak pernah gentar atau takut akan malam itu..bahkan tidak pernah menangis & berpasrah atas nama ALLAH..

Wednesday, November 5, 2008

ada bela?

asam terkenang..

Peristiwa ni berlaku dalam beberapa tahun lepas, di sekitar kawasan kuala lumpur..aku telah dipanggil untuk menguruskan jenazah sipolan yang agak muda juga usianya..setelah selesai urusan hospital, aku hantar jenazah balik ke rumah keluarganya ditemani oleh waris terdekatnya..sesudah sampai..aku dapat melihat keakraban semangat kejiranan yang datang untuk menolong menguruskan jenazah..Alhamdulillah

Aku bersandar di van sambil memerhati mereka menguruskan jenazah..tersenyum kagum melihat mereka.."bagus dorang ni" kata hati aku..setelah selesai urusan mandi kapan, aku terdengar suara dari dalam rumah bersuara "kalau arwah ada berhutang dengan sesiapa, sila tuntut pada saya...." aku terkejut dengan tiba2 kedengaran suara perempuan menjerit2..disusuli dengan hiruk pikuk gelagat orang berlari keluar dari rumah tersebut..yang membuatkan aku lagi terkejut, aku ternampak dua lembaga berjubah putih melompat keluar dari tingkap ke bawah..lari dengan sepenuh hati...

Aku pantas naik ke atas rumah tersebut dan bertanya "apa dah jadi ni bang?" aku dapati ramai perempuan baring di lantai.. pengsan! cuma ada beberapa lelaki yang masih gagah berdiri memerhatikan simati.."Ya Allah! dia bangun!!" berkata dalam hati..patut la lintang pukang tadi..aku terdiam memikirkan apa yang harus aku buat..dengan tak semena2 kedengaran seseorang bersuara "dia ni ada bela nih..aku pernah nampak dulu..bukak atap tu" bentak seorang pakcik dalam rumah tu..aku terkejut sekali lagi "ada bela?" kata hatiku..bagi aku kalau dia betul ada membela..dah tentu mayat tu bergerak atau bersuara..tapi ni tidak! hanya duduk keras begitu..waris yang ada di dalam rumah tu serba salah samada untuk mengikut saja kata pakcik tu atau...

Aku tekadkan pendirian, bahawa ini mesti urat simati ni..aku hampiri waris dan bertanya "sepanjang simati ni hidup dulu, ada dia belajar apa2 yang tak patut?" jawap waris "setahu saya takda..tapi tak tahu lah"..aku terdiam lagi..berfikir..sambil memerhatikan pakcik yang melalak tadi menyuruh budak2 muda panjat ke rumah untuk membuka atap..datang beberapa pakcik untuk membaringkan semula simati..aku turut menolong tapi tak boleh! keras !! puas aku berfikir..macamana ni..sambil tu aku perati muka simati.."mata tutup..tak bersuara..nadi takda..memang confirm dah mati ni" pening.. pening..aku telefon seseorang dan bertanya macamana nak selesaikan masalah ni..selang 10 minit, aku dapat cara yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ni semua..

Aku hampiri waris dan meminta semua yang ada agar keluar dari rumah kecuali beberapa pakcik yang cuba baringkan simati tadi.. aku minta kain bagi menghalang penglihatan orang luar dan aku mulakan tugasan aku.. "Bismillah...aku buka kembali ikatan kain kapan, dan mula memotong beberapa bahagian anggota badan simati untuk mencari urat pulmonari..aku minta waris menolong aku untuk lap darah yang keluar dari bekas potongan tu.."tak salah ker ni dik?" tanya waris..jawapku "kalau betul tekaan saya..insyaAllah simati ni baring balik"..aku sedut darah yang ada dan aku masukkan formalin ke dalam urat simati..agak banyak juga formalin yang aku letakkan..mungkin aku gelabah juga masa tu..setelah selesai..aku jahit kembali potongan..Alhamdulillah ..selesai! aku dapati simati boleh dibaringkan tapi kapannya berdarah di tempat yang aku potong tadi.."kita mandikan lagi sekali..ada kain kapan lagi?" tanyaku pada waris.."ada" jawapnya gembira..

Kami memandikan simati..mengapankan..solat jenazah untuk simati..kemudian usung simati ke dalam van untuk di hantar ke kawasan perkuburan..tegur seorang pakcik "mana tukang baca talkin tadi?" semua pandang antara sendiri.."dah lari dah pakcik tadi" jawap seorang budak kecil..ada yang tersenyum..ada yang ketawa kecil.."takper..adik tolong panggilkan ustaz tu balik..suruh dia jumpa di kubur yer?" pinta si waris.. kami pun menyusur ke tanah perkuburan..kebumikan beliau..terus bertahlil serta talkin..semoga roh simati dicucuri rahmatNya..amin

p/s: setiap yang terjadi itu ada hikmahnya..wallahu'alam

Tuesday, November 4, 2008

Roadtrip?

Assalamualaikum buat kali keempat asam bercerita..maaf citer ni agak panjang..

Peristiwa ni rasa aku dah 4-5 tahun lepas laa.. masa tu aku buat keje penghantaran mayat..aku ada dapat satu kes ni ..body islam siam.. keje kontrak.. punca kematian: fractured face, dalam ertikata lain ..jatuh dari tingkat 18..muka dia hancur 80%..so seperti biasa lepas post-mortem, aku embalm, mandi kapankan, sembahyang pastu nak hantar la kawan ni balik sampai border Malaysia-Siam..kat sana nanti waris dia datang amik naik pick-up truck..So aku pun bertolak la sorang2 ngan "Siam" ni dari PPUM kalau tak silap aku..waktu tu dah kul 10 malam kalau tak silap aku..

Macam biasa, aku drive sensorang kat highway PLUS tu layan blues ..sedekah apa2 yang patut pada jenazah, borak2 analog ngan jenazah..pastu nyanyi sorang2 sambil aku nyusur highway yang gelap tu.. memang dah jadi tradisi aku kalau buat roadtrip, aku mesti sakat budak yang jaga pump minyak kat luar tu..aku singgah kat R&R gunung semanggul untuk isi minyak..sebelum aku berenti tu, aku dah tarik selimut ijau yang cover muka jenazah tu .. pastu aku bukak sikit tingkap sisi belah kanan belakang driver..aku pun berenti laa isi minyak.. matikan enjin.. bukak pintu..pastu aku cakap kat budak yang jaga luar pump tu "dol..minyak RM50..aku nak pi kencing sat" aku bagi kunci van kat dia.. dia pun sambut kunci tanpa segan silu.. aku pun jalan la kononnya nak gi toilet.. separuh jalan .. aku jerit kat dia "dol..hang tanya kawan aku kat belakang tu nak minum air apa?" budak tu pun bukak luas tingkap yang aku saja bukakkan sikit tu..jenguk ke dalam.. tiba2 dia jerit "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mayat !!!!!"aku yang nyorok tepi dinding tu..terkekek-kekek gelak kat budak tu..lama la jugak aku gelakkan dia sampai senak2 perut aku ni..budak tu terus senyap tak berkata apa.. aku tengok muka dia dah pucat dah..tahan marah+terkejut+takut lepas apa yang dia dah tengok..aku pun beli air, makanan, rokok..pastu aku pegi la kat van tu balik.. aku bayar duit minyak dengan tip RM10 kat dia..budak tu amik, aku start van parking tepi petrol stesen tu nak makan roti jap.. pastu aku perati dia tarik kerusi letak betul bawah lampu spotlight terang..hehehe

Aku teruskan perjalanan aku..sepanjang malam sampai la aku dah nak hampir kat sempadan.. kalau korang biasa gi sempadan..kat bukit kayu hitam tu ada satu road block UPP (unit pencegah penyeludupan)..dia tahan aku .. aku pun benti ler..dia tanya "hang nak masuk siam awai2 ni pasai apa? seludup ka? hang tau laa ni baru kul 4 pagi?" aku senyum.. aku cakap kat dia "saya antaq mayat ni bang" dia tak caya yang aku sorang2 antar mayat..dia kata "hang benti sat..aku nak tengok mayat yang hang dok bawak tu" aku matikan enjin..pastu aku tengok sarjan UPP tu pergi kat belakang van..aku pun dengan pantas tarik selimut tu lagi sekali menampakkan muka jenazah yang hancur tu.. aku panjat dan bukak pintu van dari dalam.. dia pun suluh dalam van tu dengan gunakan light dari depan carbine (senjata) dia.. tersuluh plak direct kat muka jenazah tu.. terkejut dia "ya Allah! hang blah! blah!".. aku ajuk dia "tanak interview dia ker bang?" dengan pantas dia off safety carbine dia.. dia cakap kat aku "aku cakap hang blah! sebelum aku tembak hang!"

Aku pun senyum .. aku pun blah menuju ke sempadan..lepas dah setel semua dalam kul 6 pagi aku pun patah balik ke kl..lalu la kat tempat UPP tu tadi..mangkuk tu tahan lagi..dia cakap "hang berenti sat..aku nak sembang ngan hang nih" sambil menuding carbine dia kat aku..aku pun berenti ler.. dia terus tanya "aku tak pernah jumpa ada anak muda berani antaq mayat sorang2 dari kl..hang ni mesti ada baca nih" tuduh dia..aku pun ngaku laa "memang ada baca..awatnya?" dia tanya lagi "ajaq abg hang dok baca apa?" aku balas "boleh..pi beli kopi tok ayah satu..suria sekotak..pengeras dia bang" tanpa buang masa..dia calling macai dia .. pi beli apa yang aku nak..lepas beberapa minit..aku dapat apa yang aku mintak..aku cakap kat dia "ada pen ngan kertas? tulis ni naa" dia pun dengan muka semangat tulis la apa yang aku cakap sampai abis..aku mintak dia baca, aku tengok muka dia pelik..."aku rasa cam pernah dengaq ja ayat ni" aku dah sengih2 dah..aku pun cakap "awat la mangkak sangat bang nih..tu doa naik kete la bang oi!" aku gelakkan dia... dia dengan tenang angkat carbine dia..tala kat muka aku..dan cakap "nak aram..hang ni kojaq sunggoh..hang pi berambuih balik kl!"aku tersengih2 berjalan ke van aku.. dan blah dari situ.. puas hati aku, dok nyusahkan aku awal awal pagi tadi kenapa.. kan dah mendapat..

p/s: tok guru aku pesan dalam nak berdakwah, kita kene pandai sesuaikan dengan suasana..ada yang seram..tapi tu di episod yang akan datang ek... sekian

Mandi jenazah pun tak biasa?

asam melepaskan geram..

Ada satu hari yang suram tu .. aku ada dapat satu kes mayat ni .. jenazah merupakan salah sorang BIG SHOT la jugak satu ketika dulu..seorang "Tan Sri".. lepas aku dah awet mana2 yang patut .. aku pun bawak la jenazah tu gi bilik mandi .. untuk di mandi kapankan dengan sorang ni yang aku panggil "Wak"..Masa aku nak mandikan tu .. ada la datang sedara-mara arwah yang bukan main gempak lagi kete dorang .. Alphard..Stream..Acura RS..Mercedes .. helikopter jer takda .. anyway dorang semua duduk kat luar..sembang2 antara dorang .. aku pun macam biasa memang suka buat keje amal ni .. so aku niat nak tolong la Wak ni mandikan jenazah .. tup tup .. Wak tanya aku "panggil la anak-anak waris mandikan sama"..aku pun jawap "ok" then aku pun keluar la panggil anak2 jenazah.. aku bersuara "assalamualaikum..saya minta jasa baik waris atau sesiapa, kita mandikan untuk kali terakhir jenazah ni.." korang tau apa jawapan anak kandung dia ni ?? dia jawap " eh takper la ustaz .. kitorang tak biasa laa" grrr... menyirap aku dengar jawapan tu .. aku masih sempat senyum .. masuk balik dalam bilik mandi ..

Naluri aku memang sangat2 tak puas hati dengan jawapan anak jenazah tu .. tak sampai 5 minit .. aku keluar balik dari bilik tu dan bersuara "mintak semua waris yang ada .. kumpul semua, saya ada bende nak cakap" dorang pun macam ayam pulang reban .. semua kumpul ..khuysuk nak dengar apa yang aku nak cakap.. ada yang aku sempat dengar perbualan dorang .. sempat citer pasal golf lagi tu .. mangkuk hayun tol..aku pun bersuara "Jenazah di dalam ni ayah pada Dato'..Datin' sekelian ..sekarang ni Dato', Datin cakap tak biasa nak mandikan ayah sendiri.. takper .. tapi jangan salahkan kalau 10-15 tahun lagi.. kalau Dato' Datin' plak yang meninggal .. anak2 yang kecik2 ni (sambil tunjuk kat anak2 dorang) .. jawap "kitorang tak biasa laa ustaz..pasal masa arwah atuk meninggal dulu.. dorang pun tak mandikan" aku senyum sinis terus masuk balik tolong Wak ..

Sekejap jer pastu .. masuk mangkuk yang cakap tak biasa tadi tu .. muka tebal ..nak tolong mandikan ..dia bersuara "maafkan saya.. saya nak tolong mandikan tapi saya tak tahu macamana nak mandikan..saya malu depan anak2 saya" aaaaaa.. tu la sebab utamanyer .. aku tak paham betul la dengan manusia skang ni .. ego kemain .. berlagak kemain ..tapi bila sampai bab bab camni .. bodoh piang! kalau dah tak reti tu .. pegi la belajar memana .. apa dorang ingat dorang ni immortal ker ? tapi apa apa pun aku puas hati pasal dapat menyampaikan apa yang patut .. alhamdulillah sampai skang ni.. Dato' tu still keep in touch dengan aku .. katanya, dia tak pernah tengok ada orang muda yang berani bersuara.. asal dia datang semenanjung jer .. dia mesti ajak jumpa .. abis dah geram aku .. sekian

p/s: adakah anda seorang yang berani mengambil risiko.. sorang tau selamat sekampung..? asam tak sanggup jadi orang kampung tu..
 

e n c i k a s a m Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger